Wednesday, August 28, 2019

Raja Elak

Hari ni aku visit doctor psychiatric selepas 2 tahun stop. Aku stop dulu sebab ingat aku ni takde masalah depression semua. Tapi macam2 jadi kat aku lately ni buat aku sedar aku memang sakit ni. Bertahun aku elak sakit ni. Tp mende dah ada dalam badan dalam fikiran emosi tak buat apa2 takkan hilang punya. Hari ni aku berjaya melepasi elakkan terbesar aku. Kali ni aku nak berubat betul2 Tahniah diri sendiri :)

Tapi aku ni banyak lagi list mende aku dok elak. Aku elak sehabis mungkin perkara yang aku tak suka atau konflik. Tapi aku lupa semakin mengelak semakin semak la otak aku makin sakit la aku.. maka inikali aku azam nak atasi elakkan berbisa aku ni. Nak tackle one by one. Ooo yeah!!

Aku dulu pernah g Hukm dan Ppum dah sampai depan klinik Psikiatri tp aku tak berani masuk. Aku balik gitu je. Makan tahun baru aku jejak klinik luah kat doctor semua. Tapi makan ubat sekejap je sbb still rasa tak sakit. Still deny. Skang ambik aku dah rasa kesan tu. Aku relapse teruk 2 bulan ni hidup aku macam zombie.Huhu

Aku elak baik punya pasal diri aku depan families. Depan dorang cover baik padahal hidup aku ni tak happening pun.  Takde color. Hitam Putih je manjang. Aku lah anak mamabah yang paling sedih paling sakit sebenarnya. Aku sakit fizikal mental tp depan dorang aku portray aku OK..Hidup aku OK tapi KO!

Aku elak kenalkan partner aku kat family aku. Padahal aku punyala baik dengan family dia. Aku kenal hampir semua family dia dah. Tapi aku masih elak g umah dia masa raya bawak parent aku. Dia ajak berkali2 dah ada je alasan aku, aku pun ajak2 ayam je dia jupe family aku. Aku elak ni bertahun. Aku kapel dengan dia 9 tahun dah tapi aku bawak dia join family aku takde pun. Kalau de jupe kakak jap. Dengan parent aku pun ada sekali je tu pun tembung dekat kedai makan. Teruk tak aku?

Aku lama gila elak kawan2 sekolah kawan2 university. Padahal aku rindu nak mampos kat dorang. Aku ni dulu outgoing kat sekolah. Last jupe dorang rasa 18 tahun lepas. :( Malah aku pernah elak kawan sekolah bila sempak dalam lift. Kawan yang aku rindu kdg2 termimpi pasal dia. Aku elak gitu je.

Aku pernah kantoi dengan kakak. Tengah baik mejantan kakak aku nampak tepi jalan. Aku lari dia kejar tapi aku tak hadap dia pun. Aku abaikan je dia.

Masa keje kat company last aku elak ex colleague aku. Kawan yang aku keja dekat 6 tahun aku elak jumpe padahal opis kami dekat je. Aku jupe pun sorang je tu pun sembunyi2. Dorang berapa kali cakap nak jumpe. Aku tak nak sebab aku free hair balik. Aku malu!

Sekarang ni aku jobless aku elak jupe orang lak. Aku elak jupe mak partner aku berbulan. Dengan partner aku pun aku malas nak jupe. Jupe pun kejap je. Jiran pun aku malas nak sempak. Tapi yang skang ni aku rasa campor depression sama. Habit elak + depression + jobless..Terbaik oh. Sigh

Penat lah hidup gini. Hidup macam Mati. Sampai bila aku nak camni.Sigh


Saturday, July 29, 2017

First Post

Aku create blog ni sebab nak cuba jadikan tempat ni untuk luahkan mende kat kepala dengan harapan dapat kurangkan depression dan anxiety aku..sebagai terapi kononnya sebab terapi kat luar sana mahal sangat..nk pergi yg gov susah sebab keje tempat baru..segan nak amik cuti so aku cuba cara ni dulu..

Aku ni baru tukar keje..baru seminggu tapi masuk keje hari pertama dah kena anxiety attack..apala nasib..attack yg buat aku berpeluh2 dan sampai jadi panik..kepala bahu sakit semua..weekend pun aku rasa sesak gak nafas aku..anxiety attack tu sbb aku ada low self esteem..dapat lak keje kat company baru dengan role yg mencabar..sebab aku struggle dengan mdd ad, otak aku mcm tak rational..main amik keje tanpa tanya tul2 skop keje apa.. aku jd chicken out...aku bole buat keje ni sebenarnya tapi sebab anxiety dah singgah dulu aku rs mcm akan resign je tak lama lagi.. sigh

Tapi walau jadi gini aku tak regret benti company lama..keje situ banyak torture mental aku..cuma aku tak puas hati rasa company tu tak adil dengan aku yang depression ni..

keje situ la antara penyumbang low self esteem, mdd dan ad aku..aku keje 5 tahun situ..masuk2 utk projek ITTP tp nasib tak baik dapat team lead yang tak perform.sebab dia not a good leader team kitaorg de masalah..function banyak defect dan aku tak pasal2 kena cop tak perform sekali..Padahal aku da highlight kat dia risk2 yg aku nmpak...aku bagai nak mampos wat keje..balik keje sampai malam buta..sampai g singapore 2 bulan tolong UAT projek ITTP ni..ada dok sorg2 dkt 2-3 minggu kt SG..sampai kena sakit plantar fasciitis..last2 orang cop tak buat kerja..

Lepas habis projek tu bos besar campak aku kt projek lain lak..ITTP gak..kat situ aku jd functional lead tapi dia bg aku 1 resource je tu pn junior level..team function lain dia hired org luar yg betul2 experience untuk tolong..satu team 4 5 orang tapi aku sorg je..adil ke camtu??

Dahla function aku buat tu teknikal nak mamposss..kena belajar coding semua..pastu masa project tu jalan aku dgr satu group yg buat project ITTP first tu sume convert permanent..aku je tak!! Tak ke celaka kat situ..tak ke down aku..dahla sorok2 permanent kan org lain..aku tau masa tengah kerja keras wat projek baru tu..dgn coding semua aku belajar..wpun de cabaran  aku berjaya siapkan projek ITTP ni..tapi hari last aku nak sign off projek ni tup2 management cancel project ni.berkubur gitu je efforts aku..sighh..

Lps tu dorg campak aku masuk projek lain nak suh aku jadi lead..aku dahla letih wat projek cancel tu dgn down kes permanent lagi..so aku tolak..teruk ke aku ni sampai tak permanent??tahun ke 3 baru dapat..tu pun sebab aku ugut nak resign..mcm mana aku tak tak depress??

kalau teruk nape aku keep dpt task je..aku g singapore. User puji aku ckp aku keje bagus..request aku utk stay continue tlg dia ..even aku belaja mcm2 dr dia..sampai dpt KT knowledge tu kt org di KL..balik KL dgr cite tak baik pasal aku..tak ke down..ok stop throwback..

Sambung cite..

Aku wat keje cam biasa dan satu hari tu bos keling aku panggil masuk bilik sbb berita permanent tu da kecoh..nak justify aku napa x permanent...jawapannya sebab AKU TAK PERFORM..alasannya terus banding aku dgn sorg staff ni....dialog dia pun aku ingat lagi 'u tau kan HM mcm mana kerja dia..u beza sangat dengan dia..u patut kerja macam dia'..tp si HM pun biasa je aku tgk..sampai skang x naik pangkat pun org tu..aku tak kisah bab HM tu..aku kisah bab cara dia nilai keje aku..dgn perbandingan camtu je ke boss?aku keje nak letih utk projek ITTP tu boss..aku tak main2 pun..apa la company ni bole hire dan kekalkan senior manager mcm ni??

Wahai boss..tlg la paham setiap org tak sama..ko tau tak four tamperament dalam manusia?cara aku x kan sama dengaan dia ..tamparement kitaorg pn beza2..takkanla aku x perform sbb perbandingan tu..padahal aku keje bagai nk rak..aku tanya apa patut aku improve?dia ckp aku patut cc dia tiap kali emel kerja aku..tu je advise..xde improvement plan pun..short term long term..x sentuh working style aku camne..silap2 dia pn tak tau..advise paling bodoh aku dpt dr senior manager gaji belas2 ribu..dan hari tu adalah hari paling teruk dlm hidup aku..sampai skang aku ingat..aku nangis sbb hari tu dan aku x penah nangis sbb keje lomni.. low self esteem aku pun start  TRIGGER dari situ gak agaknya..celaka setan la..aku patut saman je company gila tu..kalau aku x bagus nape aku dpt keje non stop..kena campak merata2..project besar2 sampai nak resign aku pn still dpt task???

Sambung cite..

Ni part akhir yang  paling menyedihkan aku..bila aku nak mintak ruang utk treat depression aku tapi aku tak dapat kemudahan tu..rasa benefits company ni hanya utk org sakit2 fizikal je..

Kisah aku bermula di starbuck..aku beranikan diri bitau head aku pasal sakit ni..aku punyala lama amik masa bertahun beranikan diri g klinik psychiatric sunway tu jupe doctor cite nangis2 semua...dgn suicidal tought lagi..aku da rasa lost..kosong..numb..nak g keja pun takle..tido pun tak betul dah..aku nk rest kejap dari keje je pun.. sbb aku dpt project back to back tahun tu.. aku jupe dia bitau de depression sbb niat nk mintak short break tapi dia tahla paham ke tak sakit aku ni..dia bole assign keje kat aku masa tu jugak..sedih gila rasa..apa punya boss ni..then hari lain assign lagi 1-2 keje kat aku..aku merayu tak nak..tp dia bagi jugak..hasilnya aku rebel 6 bulan keje situ..aku mc aku el aku jahanamkan diri aku..suicidal thought makin kuat..aku rasa takle dah keje sini..too muchh..sampai aku rs nak benti keje nak rehat tapi sapa nak bayar commitment aku..so terpaksa cari keje lain..

dan alhamdullilah dapat keje ni tp sbb otak aku tak rational dan terburu2 aku tak tanya details masa interview..salah aku la..tp salah company yg menyumbang low self esteem aku camne??salah company yg tak bagi ruang untuk aku dpt proper treatment tu mcm mana??

Kawan aku yg mdd pun company bole bagi cuti 1 bulan. Bos dia siap followup tanya treatment dia lagi..siap stop dia dari task berat2..padahal company kecik je..tapi aku beza..x dpt semua kemudahan tu..takkanla nk tunggu aku overdose ubat baru boss aku nak paham??

Bole ke aku saman company ni?